Nak ponteng jap update pasal travelling. Hari ni nak cerita pasal something yang aku belajar hari ni. Lunch time tadi, nak dikatakan jodoh ke rezeki aku terjumpa sorang senior. Sembang2 dan dipendekkan cerita kami pun keluar lah lunch bersama. And masa lunch, kami pun sambung lah sembang lagi. Seronok sembang dengan orang yang lebih makan garam dari kita ni, banyak benda baru boleh belajar. Dalam banyak2 topik kami sembang tu, ada lah terselit jugak pasal 'krisis ekonomi' negara kita skanga ni. ERRKKKK!! bajet 'economist' sangat la kan wahahahah. And senior aku ni ada la cite pasal kisah zaman Nabi Yusof dulu, pasal 7 musim kemarau and 7 musim subur...rupanya2 kisah zaman Nabi Yusuf ni memang realiti berlaku dengan ekonomi zaman kita skarang....aku pun tak tahu nak cerita macam mana, tapi tadi aku ada la baca2 sikit kat blog, so sini aku share sikit ye. korang baca sendiri & faham kan la sendiri. Aku copy paste je dari blog. Semoga pahala la bagi brader yg tulis artikel ni hehe :)
OK, Selamat membaca!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam Al Quran ada menceritakan kisah pada zaman Nabi Yusof
tentang 7 musim kemarau & 7 musim subur.
"Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah
kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh
tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan
(tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang yang mengutusku itu,
agar mereka mengetahuinya."
Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh
musim(lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu
biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh musim yang amat
sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun
sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia
diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." (Surah
Yusof : 46-49)
7 tahun subur dan 7 tahun kemarau serta 7 tahun yang subur
semula telah berlaku pada hari ini dalam bentuk ekonomi dunia. Kronologinya,
saya tunjukkan melalui kitaran ekonomi di Malaysia bermula pada tahun 1969.
::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1969-1975 (6+ tahun) > Selepas pilihanraya, berlakunya
peristiwa 13 Mei hasil ketidakseimbangan stratifikasi ekonomi kaum di Tanah Melayu
yang seterusnya melihat DEB diperkenalkan serta FELDA dan FELCRA diperkenalkan.
Pada waktu ni mmg susah beb. Disebabkan ekonomi negara yang telah disetkan
penjajah dari awal, kesannya, negara mengalami kitaran kemarau ekonomi. Korang
sure tau keadaannye mcm mn. Tgk crite Spiderman Bilut. Ade la ditunjukkan sket
keadaan pada waktu permulaan FELDA diperkenalkan. Teroka tempat jin bertendang!
::Kitaran Subur/Bull Run::
1976-1982 (6+ tahun) > Hasil FELDA dan FELCRA dikeluarkan
dan pada waktu ni, harga getah melambung tinggi. Begitu juga dgn kelapa sawit.
Waktu ni, sape2 yang usahakan kebun getah, duit seringgit kertas tu buat untuk
gulung tembakau, pastu cucuh api, isap. Korang nak try buat time skarang. Try
la gulung seringgit, buh tembakau, pastu isap kat Subaidah dan buat muke poyo
blagak gila (tapi aku rasa, dengan kenaikan harga rokok skarang, kepada sape2
isap rokok tu, rasenya same la mcm org dulu tu yg bubuh tembakau dalam gulungan
duit dan bakar. Kire la sendiri sebatang rokok harga brape skarang)
::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1983-1989 ( 6+ tahun) > Waktu ni berlaku kemelesetan
ekonomi dunia dan pengangguran banyak berlaku kat Malaysia. Harga getah yang
tinggi dah jatuh serendah rendah nye menyebab yang isap rokok pakai duit kertas
kembali kepada daun kelapa. Rizalmat, membe sekelas aku suka isap rokok daun.
Mcm org tua.
::Kitaran Subur/Bull Run::
1990-1996 ( 6+ tahun) > Economic boom di Malaysia ketika
Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai menteri kewangan dan TPM yang
menunjukkan kadar kenaikan ekonomi sebanyak purata 8% setahun. Waktu ni,
korupsi pun tak banyak berlaku lagi dalam kerajaan.
::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1997-2003 (6+ tahun) > Waktu ni, usah dikenang la. Kesan
dari permainan matawang oleh Pakcik Soros menyebabkan berlakunya kejatuhan
matawang disamping kemelesetan ekonomi yang teruk. Pengangguran bersepah, ramai
pekerja kena buang. Kompeni baru nak bangun jatuh tersungkur, kompeni yg besar
terpaksa dikecilkan utk kurangkan kos. Beberapa negara terpaksa meminta bantuan
IFC yang sememangnya merupakan bala kepada bala yang sedia ada (mase ni aku
tabik che det sebab pendirian dia taknak minta bantuan kepada IFC). Korang
tengok kesannya kepada Indonesia sudah..
::Kitaran Subur/Bull Run::
2004-hujung 2008 (4 tahun) > Kebanyakan industri pulih
selepas serangan matawang. Di Malaysia, trend side income dengan buat MLM dah
menjadi semakin popular kerana ramai dah sedar tentang keperluan mencari extra
income setelah menghadapi kesan ekonomi 97-03. Ekonomi semakin kukuh. Pada
hujung 2007 lalu, dapat dilihat nilai index ditutup pada kadar yg paling tinggi
dalam sejarah Malaysia (bukan dunia eaa). Sape yang melabur kat unit trust ke,
mmg buat duit.
::Kitaran Kemarau/Bear Run::
2009-2016?-Kejatuhan 2 syarikat kewangan US mula memberi
kesan yang sgt dasyat. Kejatuhan indeks saham serta matawang berlaku diseluruh
dunia. Berguling sape yang main stock market. Pakar ekonomi US mengatakan
bahawa kejatuhan ekonomi pada waktu ini adalah lebih teruk daripada apa yang
berlaku pada tahun 1930 (Great Depression) dan ianya akan berlanjutan sehingga
4 ke 7 tahun. Waktu ni jugalah yang dikatakan akibat daripada BABY BOOM di US
selepas World War 2.Korang dah bersedia??Aku gred pada waktu ekonomi
meleset..Start menyimpan sepanjang kejatuhan ekkonomi ni.
::Kitaran Subur/Bull Run::
2017-2023 - Ekonomi pulih semula. No wonder la Che Det duk
kata wawasan 2020 pada waktu tampuk pemerintahan dia dulu. Wawasan 2020 dapat
dicapai la bila ekonomi global seimbang dan stabil dan pertumbuhan ekonomi
negara pula memberangsangkan setiap tahun. "Start membeli pada awal bull
run dan start menjual pada pengakhiran bull run". Taktau la lepas ni trend
ape plk yang tumbuh kat Malaysia. Lagi byk la skim 4D, MLM, tumbuh agaknye.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daripada kronologi ekonomi yang terjadi kat Malaysia ni,
jelas lah bahawa Kitaran Nabi Yusof terbukti dan seterusnya dapat membantu kita
meramalkan tentang waktu kenaikan serta kejatuhan ekonomi supaya kita bersedia
untuk menghadapi recession yang semakin teruk.
Bersediakah kita menghadapi kemuncak KITARAN KEMARAU yang
dijangkakan pada tahun 2015 dan 2016?
Sharing is caring
Wassalam…
2017 dh ni aku bace post ni..
ReplyDeleteAgak2 kemarau lagi ke sampai 2020?
Masih lagi kan...
ReplyDeleteHahaha... Che Det tk peraaan 2020 covid-19 datang menyerang dan sejak itu ekonomi mula merudum...
ReplyDelete