Wednesday, 10 December 2014

Kesilapan pengurusan kewangan

Assalamualaikum...

Oh, hi semua. sekali lagi pada malam ini aku akan ponteng update pasal Taiwan. Malam ni aku nak share pulak tentang <Financial Mistakes to Avoid for Every Decades>
Aku ambik dari website imoney.my. Boleh baca kat sana kalau korang nak..

Ok basically pada aku ilmu pengurusan kewangan ni rumit. Aku belajar dari kesilapan dan pengalaman sendiri. Aku mula 'pegang' duit sendiri sebaik saja lepas habis degree di UKM. Sempat menganggur pun tak sampai 4 bulan, terus aku dapat posting sebagai Pegawai Farmasi dengan KKM. So dalam usia lebih kurang 23 tahun dapat la aku gaji dalam 2-3k sebulan. Hmm...enough. Taknak cerita pasal gaji aku. Banyak ke sikit aku bersyukur atas rezekimu Ya Allah...hehe. Aku nak pesan memesan tentang beberapa perkara yang mungkin kita ambil remeh dalam pengurusan kewangan atau bahasa kampungnya, pengurusan duit.

Money money moneyyy...yeahhhh

Setiap orang mesti ada buat silap tentang cara dorg uruskan duit. Aku? Ya, aku banyak buat silap. Banyak sangat. Kadang2 sebab terlalu ambil mudah, belanja berlebihan, over confident masuk retirement plan dengan total bayaran 12k per year (omg pengsan nak bayar), masuk skim insurans tak betul2 plan & study, penyalahgunaan KAD KREDIT (menyesalllllllll) & macam2 lagi. After a few years, umur pun dah semakin matang aku mula sedar pengurusan kewangan aku sangatlah hampeh. Aku kena mula belajar uruskan duit dengan betul. Aku nak ajak korang semua sama2 belajar hari ni, apa yang selalunya kita buat silap. Oleh itu sila lah baca JANGAN MENGANTUKK!!

USIA 20an

- umur2 baru mula bekerja. Gaji selalunya masih rendah, tapi umur muda jadi banyak aktiviti sosial. Umur macam ni selalunya cenderung untuk 'over spend', dan dalam masa yg sama 'under-save'. Belanja berlebihan tapi saving xde.

* Overestimate kemampuan berbelanja- korang mungkin rasa nak pegi travel sana sini, nak beli kereta besar, tapi sebenarnya pendapatan tidak mencukupi untuk dapatkan semua tu. Kena 'paksa' diri supaya mulakan saving dan berusaha supaya elakkan berhutang pada peringkat ni.


*Melambat-lambatkan Simpanan Persaraan- mungkin korang rasa umur bersara jauh lagi, masih muda kan, dah la baru start keje. Sebenarnya lebih awal kita start simpanan persaraan, lebih banyak pulangan yang kita akan dapat, dengan 'compounding interest' yang akan bagi pulangan yang lebih 'sedap'.


*Penyalahgunaan kad kredit- salah satu cara 'kejam' yang membolehkan kita hidup 'di atas kemampuan' ----KAD KREDIT! K takde duit tapi ko boleh dapat ape ko nak, dengan cara berhutang. Kalau tak berhati-hati jumlah hutang kad kredit akan menjadi beban. Lebih-lebih lagi kalau gagal untuk bayar balik full amount, sebaliknya korang cuma bayar minimum payment setiap bulan, akan menyebabkan korang terpaksa bayar 'accumulated interest' yang sangat tinggi. Nasihat aku: GUNAKAN KAD KREDIT HANYA APABILA KORANG MAMPU UNTUK BAYAR TOTAL BALANCE PADA SETIAP HUJUNG BULAN.
Kad Kredit aku-dah kerat 18, TANAK GUNA DAH!


USIA 30an

-pada usia ni kebanyakan kita sudah berkahwin dan mempunyai keluarga. Tanggungjawab kewangan semakin berat, ada anak2, jadi strategi kewangan perlu lebih bagus untuk berikan yang terbaik kepada mereka.

*Tidak merancang untuk keperluan PLAN PENDIDIKAN anak- Kebanyakan ibu bapa akan fikir, lambat lagi nak masuk universiti kan, but 'time flies faster than yu can imagine'. Kos pengajian anak anak akan meningkat tahun demi tahun, jadi seeloknya buat perancangan lebih awal. Cuba elakkan  merancang untuk gunakan duit persaraan korang untuk tanggung yuran pengajian anak. Duit persaraan adalah untuk persaraan. Noktah.

*Ambil mudah keperluan INSURANS- Aku belajar dari seorang investor amatur, die nasihatkan aku, umur muda2 macam korang ni, bila ada duit sendiri pertama sekali ambiklah PA insurance (personal accident), kemudian bila ada xtra lagi, ambik health insurance (penyakit kritikal), kemudian  kalau lebih lagi ambik lah pulak medical insurance (medical card). Begitulah hierarkinya. Kita ni adalah tempat bergantung anak2, so at least kalau apa2 jadi or bila kita xde, ada something yang boleg support dorang nnt.

USIA 40an

-umur ni biasanya korang dah berada pada kemuncak dalam kerjaya korang. Gaji dah banyak compare dengan masa mula kerja, tapi umur macam ni pun masih ramai yang leka untuk menghabiskan duit ke arah keperluan 'nafsu serakah' contohnya percutian mewah, tukar kereta yang lebih mewah, rumah baru yang lebih mewah, dan juga ada yang masih belum mulakan simpanan untuk hari persaraan.

*Tidak mengkaji portfolio pelaburan anda-kalau korang ada buat pelaburan contohnya pada usia awal 30an, sekarang bila masuk ke usia 40 an, tiba masanya untuk mengkaji semula tahap risiko yang boleh korang tanggung untuk dapatkan pulangan daripada investmen korang. Mungkin pada masa ni, pelaburan dalam bentuk aset lebih sesuai berbanding pelaburan berbentuk equity (contoh je la, aku pun tak pandai sangat lagi pasal ni hehe). Orang cakap 'dont put all eggs in one basket'. Bukankah begitu? Yang penting kena pastikan total saving dapat menanggung keperluan korang selepas persaraan, di mana pada masa ni korang dah tak bekerja dan tak ada regular income lagi dah.

Kalau korang ada banyak telur, jangan letak semua dalam satu bekas macam ni. Risikonya tinggi.



*mengabaikan kepentingan WASIAT- Wasiat ni dapat melindungi ahli keluarga terutama anak2, apabila kita telah tiada. Innalillah...

USIA 50an

-anak2 dah masuk universiti, dah dekat2 nak bersara dah ni.

*Simpanan persaraan untuk bayar yuran pengajian anak? NO NO. dah bagitahu awal tadi kan. Plan awal supaya tak perlu berkorban duit persaraan untuk keperluan pendidikan anak.

USIA 60an

Medical card---masa ni lah kita akan rasa betapa pentingnya medical insurance. Usia macam ni kita cenderung untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Untung bagi sesiapa yang ambil pada usia muda, tak perlu bayar premium tinggi2.

Aku punya Medical insurance, dan anak2


Jadi, rancanglah kewangan sejak muda. Jangan joli semua, simpanlah sedikit untuk hari tua. Nasihat aku, kalau tak boleh nak menyimpan dalam bentuk cash (macam aku), korang masuk lah Unit Trust ke, skim pelaburan pape yang akan buat duit korang "beranak" kat dalam tu tahun demi tahun.

Mulakan awal, jangan menyesal di kemudian hari!!

Sekian dari saya, bakal Unit Trust Consultant anda. Tengah belajar ni, InsyaAllah awal tahun 2015 aku start. Doakan ye!

Kelas pertama Unit Trus Consultang :)


Wassalam!

No comments:

Post a Comment