Tuesday, 9 December 2014

:: 7 musim kemarau dan 7 musim subur ::

Assalamualaikum semua! 

Nak ponteng jap update pasal travelling. Hari ni nak cerita pasal something yang aku belajar hari ni. Lunch time tadi, nak dikatakan jodoh ke rezeki aku terjumpa sorang senior. Sembang2 dan dipendekkan cerita kami pun keluar lah lunch bersama. And masa lunch, kami pun sambung lah sembang lagi. Seronok sembang dengan orang yang lebih makan garam dari kita ni, banyak benda baru boleh belajar. Dalam banyak2 topik kami sembang tu, ada lah terselit jugak pasal 'krisis ekonomi' negara kita skanga ni. ERRKKKK!! bajet 'economist' sangat la kan wahahahah. And senior aku ni ada la cite pasal kisah zaman Nabi Yusof dulu, pasal 7 musim kemarau and 7 musim subur...rupanya2 kisah zaman Nabi Yusuf ni memang realiti berlaku dengan ekonomi zaman kita skarang....aku pun tak tahu nak cerita macam mana, tapi tadi aku ada la baca2 sikit kat blog, so sini aku share sikit ye. korang baca sendiri & faham kan la sendiri. Aku copy paste je dari blog. Semoga pahala la bagi brader yg tulis artikel ni hehe :)

OK, Selamat membaca!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam Al Quran ada menceritakan kisah pada zaman Nabi Yusof tentang 7 musim kemarau & 7 musim subur.
"Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang yang mengutusku itu, agar mereka mengetahuinya."
Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh musim(lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh musim yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." (Surah Yusof : 46-49)

7 tahun subur dan 7 tahun kemarau serta 7 tahun yang subur semula telah berlaku pada hari ini dalam bentuk ekonomi dunia. Kronologinya, saya tunjukkan melalui kitaran ekonomi di Malaysia bermula pada tahun 1969.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1969-1975 (6+ tahun) > Selepas pilihanraya, berlakunya peristiwa 13 Mei hasil ketidakseimbangan stratifikasi ekonomi kaum di Tanah Melayu yang seterusnya melihat DEB diperkenalkan serta FELDA dan FELCRA diperkenalkan. Pada waktu ni mmg susah beb. Disebabkan ekonomi negara yang telah disetkan penjajah dari awal, kesannya, negara mengalami kitaran kemarau ekonomi. Korang sure tau keadaannye mcm mn. Tgk crite Spiderman Bilut. Ade la ditunjukkan sket keadaan pada waktu permulaan FELDA diperkenalkan. Teroka tempat jin bertendang!

::Kitaran Subur/Bull Run::
1976-1982 (6+ tahun) > Hasil FELDA dan FELCRA dikeluarkan dan pada waktu ni, harga getah melambung tinggi. Begitu juga dgn kelapa sawit. Waktu ni, sape2 yang usahakan kebun getah, duit seringgit kertas tu buat untuk gulung tembakau, pastu cucuh api, isap. Korang nak try buat time skarang. Try la gulung seringgit, buh tembakau, pastu isap kat Subaidah dan buat muke poyo blagak gila (tapi aku rasa, dengan kenaikan harga rokok skarang, kepada sape2 isap rokok tu, rasenya same la mcm org dulu tu yg bubuh tembakau dalam gulungan duit dan bakar. Kire la sendiri sebatang rokok harga brape skarang)

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1983-1989 ( 6+ tahun) > Waktu ni berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan pengangguran banyak berlaku kat Malaysia. Harga getah yang tinggi dah jatuh serendah rendah nye menyebab yang isap rokok pakai duit kertas kembali kepada daun kelapa. Rizalmat, membe sekelas aku suka isap rokok daun. Mcm org tua.

::Kitaran Subur/Bull Run::
1990-1996 ( 6+ tahun) > Economic boom di Malaysia ketika Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai menteri kewangan dan TPM yang menunjukkan kadar kenaikan ekonomi sebanyak purata 8% setahun. Waktu ni, korupsi pun tak banyak berlaku lagi dalam kerajaan.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1997-2003 (6+ tahun) > Waktu ni, usah dikenang la. Kesan dari permainan matawang oleh Pakcik Soros menyebabkan berlakunya kejatuhan matawang disamping kemelesetan ekonomi yang teruk. Pengangguran bersepah, ramai pekerja kena buang. Kompeni baru nak bangun jatuh tersungkur, kompeni yg besar terpaksa dikecilkan utk kurangkan kos. Beberapa negara terpaksa meminta bantuan IFC yang sememangnya merupakan bala kepada bala yang sedia ada (mase ni aku tabik che det sebab pendirian dia taknak minta bantuan kepada IFC). Korang tengok kesannya kepada Indonesia sudah..

::Kitaran Subur/Bull Run::
2004-hujung 2008 (4 tahun) > Kebanyakan industri pulih selepas serangan matawang. Di Malaysia, trend side income dengan buat MLM dah menjadi semakin popular kerana ramai dah sedar tentang keperluan mencari extra income setelah menghadapi kesan ekonomi 97-03. Ekonomi semakin kukuh. Pada hujung 2007 lalu, dapat dilihat nilai index ditutup pada kadar yg paling tinggi dalam sejarah Malaysia (bukan dunia eaa). Sape yang melabur kat unit trust ke, mmg buat duit.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
2009-2016?-Kejatuhan 2 syarikat kewangan US mula memberi kesan yang sgt dasyat. Kejatuhan indeks saham serta matawang berlaku diseluruh dunia. Berguling sape yang main stock market. Pakar ekonomi US mengatakan bahawa kejatuhan ekonomi pada waktu ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 1930 (Great Depression) dan ianya akan berlanjutan sehingga 4 ke 7 tahun. Waktu ni jugalah yang dikatakan akibat daripada BABY BOOM di US selepas World War 2.Korang dah bersedia??Aku gred pada waktu ekonomi meleset..Start menyimpan sepanjang kejatuhan ekkonomi ni.

::Kitaran Subur/Bull Run::
2017-2023 - Ekonomi pulih semula. No wonder la Che Det duk kata wawasan 2020 pada waktu tampuk pemerintahan dia dulu. Wawasan 2020 dapat dicapai la bila ekonomi global seimbang dan stabil dan pertumbuhan ekonomi negara pula memberangsangkan setiap tahun. "Start membeli pada awal bull run dan start menjual pada pengakhiran bull run". Taktau la lepas ni trend ape plk yang tumbuh kat Malaysia. Lagi byk la skim 4D, MLM, tumbuh agaknye.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daripada kronologi ekonomi yang terjadi kat Malaysia ni, jelas lah bahawa Kitaran Nabi Yusof terbukti dan seterusnya dapat membantu kita meramalkan tentang waktu kenaikan serta kejatuhan ekonomi supaya kita bersedia untuk menghadapi recession yang semakin teruk.
Bersediakah kita menghadapi kemuncak KITARAN KEMARAU yang dijangkakan pada tahun 2015 dan 2016?

Sharing is caring

Wassalam…

3 comments:

  1. 2017 dh ni aku bace post ni..
    Agak2 kemarau lagi ke sampai 2020?

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Che Det tk peraaan 2020 covid-19 datang menyerang dan sejak itu ekonomi mula merudum...

    ReplyDelete