Hi semua.. Assalamualaikum!
Now dah masuk ke Part III. Nak cerita tentang expenses & makan minum aku kat sana. Kalau korang nak tahu, makanan halal kat Taiwan, specifically kat Taipei tempat aku pegi agak sukar diperolehi. Makanya 7 hari 6 malam aku kat sana, hanya 1 kali saja aku dinner makan nasi. Hari lain aku makan roti & megi sajerk....erkkkk.....sian tak. Lapo gile babi tahu tak! Actually sebelum pergi sana, mak aku dah banyak kali pesan, "bawa la serunding ke, sambal ikan bilis ke, rendang buat makan kat sana". And seperti biasa sebagai anak yg patuh, aku buat dono je ape mak cakap.....(jangan buat macam ni tak baik ok. Mak cakap kene patuh). Dalam hati aku, "ehhh skang ni dunia tanpa sempadan kot, xkan la xde makanan kat Taiwan....". Ahaa padan muka.
| Mujur ade seketul Kit Kat...alas perut......:( |
For breakfast Alhamdulillah, hotel mmg sediakan nasi putih setiap pagi. Cuma lauk pauk mmg tak boleh sentuh lah sbb mmg made of PORK. Cuma seawal hari pertama, kitorang cuba explain kat die punye cook, yg kitorang tak boleh makan PORK, so die buatkan telur dadar tanpa campuran bahan NON HALAL. Just Telur, bawang and garam. So boleh lah kitorg makan Alhamdulillah...ada hari2 yang die serve hashbrown, wahhh rase macam heaven sangat sedappp kot makan nasi putih dengan telur dadar + hashbrown....akakaka :D
| Ini lah breakfast setiap hari. Makan sebanyak mungkin sbb mmg dah tahu takkan jumpe nasi lagi dah sampai esok pagi ahahahahaha |
Kebetulan hari aku sampai ke Taipei hari Rabu. So after 2 days, yakni pada hari Jumaat En Hanif aku punya senior yg travel skali tu, pegi ke masjid untuk solat Jumaat. And kat masjid ade jual banyak makanan Mslim lah kan of course. So die bawak balik kat aku nasi goreng, mee goreng, & ayam goreng. Korang cuba bayangkan 3 hari kelaparan........kecur tak? hahaha......Malangnya aku tak dapat nak menelan makanan tersebut, kerana ada satu macam "bau" sikit makanan dorang, yang mana mmg tak kene la dengan selera anak tekak aku ni. Mungkin minyak or ape2 bahan yang dorg guna dalam masakan tu kot. Yang aku perasan, most of their food especially at the night market mmg ade bau yg hampir sama. So aku buat kesimpulan ia adalah faktor penggunaan minyak masak.
**Kalau sambal petai, walaupun ianya busuk, ikan pekasam walaupun baunya masam, perghhhhhh itu favourite okeh! But nasi goreng Taipei, errrrr....minta maaf tak dapat nak telan. Not even dapat suap masuk ke mulut pun. Blergh no no no. Ampunkan daku. Hrmmmmm susah nak bawak berjalan kot cam aku nih :(
Sebenarnya ada beberapa restoran Halal yg boleh kitorg pegi untuk cari makan, tapi disebabkan kesibukan ber'conference', makanya mmg tak sempat. And 1 perkara lagi, if nak beli mee megi kat sana pun, takde pilihan selain vegetarian punya sahaja. And sebagai seorang yang bukan vegetarian, mee megi vegetarian adalah sangat tidak kondusif untuk keperluan anak tekak dan juga usus aku. So pesanan aku untuk korang yang plan untuk melancong ke Taiwan, bawak lah Mee Maggi or IndoMie or Mee Cintan yang MADE IN MALAYSIA. Kawan aku bawak rendang & sambal Brahims yang kite boleh terus makan lepas panaskan tu. Ade lah jugak dapat aku menumpang makan sambal ikan bilis mase breakfast. Tapi sekali je ta ingat dah hari keberape hehe..
Yg ni ada plus sambal ikan bilis Brahims. Sluuuurppp!
|
| Telur & Teh Tarik Halal! (aku terjumpe kat7 Eleven). Harga sepeket teh tarik ni (10 sachet) and telur 8 biji ~180NTD) |
| Mee Vegetarian Taiwan + telur rebus (actually mee dia pun aku tak letak gravy yg berminyak tu, just letak perencah sup je) |
Senarai restoran HALAL korang refer sini
http://www.zabihah.com/sub/Taiwan/Taipei/YLC2WpagSW.
On Day 6 kitorang gigih naik MRT ke Taipei Arena, sbb dah tak tahan lapar nasik. Pukul 3 keluar dari hotel, dalam pukul 3.30 sampai. First kitorang cari Kunming Islamic Restaurant, terletak kat Fu Xing North Road, dekat je dengan stesen MRT Da'an. Mase sampai, rupenye tutup. Frust menonggeng aku cakap weiii.... perut tgh lapar tu. Then tanpa berputus asa, kitorang search ke option kedua, kat area Yanping South Road, Zhongzheng District. Beleive it or not, kitorang jalan kaki je pegi sana, aku rasa more than 2km kot...entah, macam jauh. ke sebab perut lapar hehe. So again, aku tekankan di sini, sila lah bawa kasut yang selesa untuk berjalan-jalan di Taipei ye. Restoran ni namenye Yunos Halal Restaurant. Sebenarnya selang 2 pintu ada lagi satu restoran Halal ape namenye aku dah lupe (nnt kalau ingat aku tulis), but kitorang pilih Yunos ni. Kat pintu dia ada logo TripAdvisor, so mmg restoran ni dapat banyak review bagus daripada travellers lain. And satu perkara lagi, rupanya restoran kat sana mmg TUTUP antara pukul 12-5 petang. Erkkkkk......terpaksa kitorang tunggu sejam kat depan pintu restoran. Lapar punya pasal tunggu je lah....hehe...
| Muke kelaparan ^^ |
| Shrimp cake-SEDDDAAPPPP Ya Allahhhhhhhh |
| Akhirnya jumpa nasi, plus TOMYAMMMMMMM! paling sedap di donia serius! Kitorg makan ikan siakap masak lemon, shrimp cake, sayur campur. Sedap sedap sedap sangat! (4 orang makan, 1800NTD) |
| Nih owner kedai makan Yunos tu, baiknya beliau. layan kitorang tip top. Siap tolong panggilkan teksi untuk balik. From Left : Aku, Zhi Yen, Hj Yunos, Taufiq, En Hanif. |
Sekian dulu entri pasal makan aku kat sana. Shopping & jalan2 next la ehhhhh.....
Wassalam...
No comments:
Post a Comment