Wednesday, 10 December 2014

Kesilapan pengurusan kewangan

Assalamualaikum...

Oh, hi semua. sekali lagi pada malam ini aku akan ponteng update pasal Taiwan. Malam ni aku nak share pulak tentang <Financial Mistakes to Avoid for Every Decades>
Aku ambik dari website imoney.my. Boleh baca kat sana kalau korang nak..

Ok basically pada aku ilmu pengurusan kewangan ni rumit. Aku belajar dari kesilapan dan pengalaman sendiri. Aku mula 'pegang' duit sendiri sebaik saja lepas habis degree di UKM. Sempat menganggur pun tak sampai 4 bulan, terus aku dapat posting sebagai Pegawai Farmasi dengan KKM. So dalam usia lebih kurang 23 tahun dapat la aku gaji dalam 2-3k sebulan. Hmm...enough. Taknak cerita pasal gaji aku. Banyak ke sikit aku bersyukur atas rezekimu Ya Allah...hehe. Aku nak pesan memesan tentang beberapa perkara yang mungkin kita ambil remeh dalam pengurusan kewangan atau bahasa kampungnya, pengurusan duit.

Money money moneyyy...yeahhhh

Setiap orang mesti ada buat silap tentang cara dorg uruskan duit. Aku? Ya, aku banyak buat silap. Banyak sangat. Kadang2 sebab terlalu ambil mudah, belanja berlebihan, over confident masuk retirement plan dengan total bayaran 12k per year (omg pengsan nak bayar), masuk skim insurans tak betul2 plan & study, penyalahgunaan KAD KREDIT (menyesalllllllll) & macam2 lagi. After a few years, umur pun dah semakin matang aku mula sedar pengurusan kewangan aku sangatlah hampeh. Aku kena mula belajar uruskan duit dengan betul. Aku nak ajak korang semua sama2 belajar hari ni, apa yang selalunya kita buat silap. Oleh itu sila lah baca JANGAN MENGANTUKK!!

USIA 20an

- umur2 baru mula bekerja. Gaji selalunya masih rendah, tapi umur muda jadi banyak aktiviti sosial. Umur macam ni selalunya cenderung untuk 'over spend', dan dalam masa yg sama 'under-save'. Belanja berlebihan tapi saving xde.

* Overestimate kemampuan berbelanja- korang mungkin rasa nak pegi travel sana sini, nak beli kereta besar, tapi sebenarnya pendapatan tidak mencukupi untuk dapatkan semua tu. Kena 'paksa' diri supaya mulakan saving dan berusaha supaya elakkan berhutang pada peringkat ni.


*Melambat-lambatkan Simpanan Persaraan- mungkin korang rasa umur bersara jauh lagi, masih muda kan, dah la baru start keje. Sebenarnya lebih awal kita start simpanan persaraan, lebih banyak pulangan yang kita akan dapat, dengan 'compounding interest' yang akan bagi pulangan yang lebih 'sedap'.


*Penyalahgunaan kad kredit- salah satu cara 'kejam' yang membolehkan kita hidup 'di atas kemampuan' ----KAD KREDIT! K takde duit tapi ko boleh dapat ape ko nak, dengan cara berhutang. Kalau tak berhati-hati jumlah hutang kad kredit akan menjadi beban. Lebih-lebih lagi kalau gagal untuk bayar balik full amount, sebaliknya korang cuma bayar minimum payment setiap bulan, akan menyebabkan korang terpaksa bayar 'accumulated interest' yang sangat tinggi. Nasihat aku: GUNAKAN KAD KREDIT HANYA APABILA KORANG MAMPU UNTUK BAYAR TOTAL BALANCE PADA SETIAP HUJUNG BULAN.
Kad Kredit aku-dah kerat 18, TANAK GUNA DAH!


USIA 30an

-pada usia ni kebanyakan kita sudah berkahwin dan mempunyai keluarga. Tanggungjawab kewangan semakin berat, ada anak2, jadi strategi kewangan perlu lebih bagus untuk berikan yang terbaik kepada mereka.

*Tidak merancang untuk keperluan PLAN PENDIDIKAN anak- Kebanyakan ibu bapa akan fikir, lambat lagi nak masuk universiti kan, but 'time flies faster than yu can imagine'. Kos pengajian anak anak akan meningkat tahun demi tahun, jadi seeloknya buat perancangan lebih awal. Cuba elakkan  merancang untuk gunakan duit persaraan korang untuk tanggung yuran pengajian anak. Duit persaraan adalah untuk persaraan. Noktah.

*Ambil mudah keperluan INSURANS- Aku belajar dari seorang investor amatur, die nasihatkan aku, umur muda2 macam korang ni, bila ada duit sendiri pertama sekali ambiklah PA insurance (personal accident), kemudian bila ada xtra lagi, ambik health insurance (penyakit kritikal), kemudian  kalau lebih lagi ambik lah pulak medical insurance (medical card). Begitulah hierarkinya. Kita ni adalah tempat bergantung anak2, so at least kalau apa2 jadi or bila kita xde, ada something yang boleg support dorang nnt.

USIA 40an

-umur ni biasanya korang dah berada pada kemuncak dalam kerjaya korang. Gaji dah banyak compare dengan masa mula kerja, tapi umur macam ni pun masih ramai yang leka untuk menghabiskan duit ke arah keperluan 'nafsu serakah' contohnya percutian mewah, tukar kereta yang lebih mewah, rumah baru yang lebih mewah, dan juga ada yang masih belum mulakan simpanan untuk hari persaraan.

*Tidak mengkaji portfolio pelaburan anda-kalau korang ada buat pelaburan contohnya pada usia awal 30an, sekarang bila masuk ke usia 40 an, tiba masanya untuk mengkaji semula tahap risiko yang boleh korang tanggung untuk dapatkan pulangan daripada investmen korang. Mungkin pada masa ni, pelaburan dalam bentuk aset lebih sesuai berbanding pelaburan berbentuk equity (contoh je la, aku pun tak pandai sangat lagi pasal ni hehe). Orang cakap 'dont put all eggs in one basket'. Bukankah begitu? Yang penting kena pastikan total saving dapat menanggung keperluan korang selepas persaraan, di mana pada masa ni korang dah tak bekerja dan tak ada regular income lagi dah.

Kalau korang ada banyak telur, jangan letak semua dalam satu bekas macam ni. Risikonya tinggi.



*mengabaikan kepentingan WASIAT- Wasiat ni dapat melindungi ahli keluarga terutama anak2, apabila kita telah tiada. Innalillah...

USIA 50an

-anak2 dah masuk universiti, dah dekat2 nak bersara dah ni.

*Simpanan persaraan untuk bayar yuran pengajian anak? NO NO. dah bagitahu awal tadi kan. Plan awal supaya tak perlu berkorban duit persaraan untuk keperluan pendidikan anak.

USIA 60an

Medical card---masa ni lah kita akan rasa betapa pentingnya medical insurance. Usia macam ni kita cenderung untuk mendapat pelbagai jenis penyakit. Untung bagi sesiapa yang ambil pada usia muda, tak perlu bayar premium tinggi2.

Aku punya Medical insurance, dan anak2


Jadi, rancanglah kewangan sejak muda. Jangan joli semua, simpanlah sedikit untuk hari tua. Nasihat aku, kalau tak boleh nak menyimpan dalam bentuk cash (macam aku), korang masuk lah Unit Trust ke, skim pelaburan pape yang akan buat duit korang "beranak" kat dalam tu tahun demi tahun.

Mulakan awal, jangan menyesal di kemudian hari!!

Sekian dari saya, bakal Unit Trust Consultant anda. Tengah belajar ni, InsyaAllah awal tahun 2015 aku start. Doakan ye!

Kelas pertama Unit Trus Consultang :)


Wassalam!

Tuesday, 9 December 2014

:: 7 musim kemarau dan 7 musim subur ::

Assalamualaikum semua! 

Nak ponteng jap update pasal travelling. Hari ni nak cerita pasal something yang aku belajar hari ni. Lunch time tadi, nak dikatakan jodoh ke rezeki aku terjumpa sorang senior. Sembang2 dan dipendekkan cerita kami pun keluar lah lunch bersama. And masa lunch, kami pun sambung lah sembang lagi. Seronok sembang dengan orang yang lebih makan garam dari kita ni, banyak benda baru boleh belajar. Dalam banyak2 topik kami sembang tu, ada lah terselit jugak pasal 'krisis ekonomi' negara kita skanga ni. ERRKKKK!! bajet 'economist' sangat la kan wahahahah. And senior aku ni ada la cite pasal kisah zaman Nabi Yusof dulu, pasal 7 musim kemarau and 7 musim subur...rupanya2 kisah zaman Nabi Yusuf ni memang realiti berlaku dengan ekonomi zaman kita skarang....aku pun tak tahu nak cerita macam mana, tapi tadi aku ada la baca2 sikit kat blog, so sini aku share sikit ye. korang baca sendiri & faham kan la sendiri. Aku copy paste je dari blog. Semoga pahala la bagi brader yg tulis artikel ni hehe :)

OK, Selamat membaca!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam Al Quran ada menceritakan kisah pada zaman Nabi Yusof tentang 7 musim kemarau & 7 musim subur.
"Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang yang mengutusku itu, agar mereka mengetahuinya."
Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh musim(lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh musim yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan di masa itu mereka memeras anggur." (Surah Yusof : 46-49)

7 tahun subur dan 7 tahun kemarau serta 7 tahun yang subur semula telah berlaku pada hari ini dalam bentuk ekonomi dunia. Kronologinya, saya tunjukkan melalui kitaran ekonomi di Malaysia bermula pada tahun 1969.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1969-1975 (6+ tahun) > Selepas pilihanraya, berlakunya peristiwa 13 Mei hasil ketidakseimbangan stratifikasi ekonomi kaum di Tanah Melayu yang seterusnya melihat DEB diperkenalkan serta FELDA dan FELCRA diperkenalkan. Pada waktu ni mmg susah beb. Disebabkan ekonomi negara yang telah disetkan penjajah dari awal, kesannya, negara mengalami kitaran kemarau ekonomi. Korang sure tau keadaannye mcm mn. Tgk crite Spiderman Bilut. Ade la ditunjukkan sket keadaan pada waktu permulaan FELDA diperkenalkan. Teroka tempat jin bertendang!

::Kitaran Subur/Bull Run::
1976-1982 (6+ tahun) > Hasil FELDA dan FELCRA dikeluarkan dan pada waktu ni, harga getah melambung tinggi. Begitu juga dgn kelapa sawit. Waktu ni, sape2 yang usahakan kebun getah, duit seringgit kertas tu buat untuk gulung tembakau, pastu cucuh api, isap. Korang nak try buat time skarang. Try la gulung seringgit, buh tembakau, pastu isap kat Subaidah dan buat muke poyo blagak gila (tapi aku rasa, dengan kenaikan harga rokok skarang, kepada sape2 isap rokok tu, rasenya same la mcm org dulu tu yg bubuh tembakau dalam gulungan duit dan bakar. Kire la sendiri sebatang rokok harga brape skarang)

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1983-1989 ( 6+ tahun) > Waktu ni berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan pengangguran banyak berlaku kat Malaysia. Harga getah yang tinggi dah jatuh serendah rendah nye menyebab yang isap rokok pakai duit kertas kembali kepada daun kelapa. Rizalmat, membe sekelas aku suka isap rokok daun. Mcm org tua.

::Kitaran Subur/Bull Run::
1990-1996 ( 6+ tahun) > Economic boom di Malaysia ketika Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai menteri kewangan dan TPM yang menunjukkan kadar kenaikan ekonomi sebanyak purata 8% setahun. Waktu ni, korupsi pun tak banyak berlaku lagi dalam kerajaan.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
1997-2003 (6+ tahun) > Waktu ni, usah dikenang la. Kesan dari permainan matawang oleh Pakcik Soros menyebabkan berlakunya kejatuhan matawang disamping kemelesetan ekonomi yang teruk. Pengangguran bersepah, ramai pekerja kena buang. Kompeni baru nak bangun jatuh tersungkur, kompeni yg besar terpaksa dikecilkan utk kurangkan kos. Beberapa negara terpaksa meminta bantuan IFC yang sememangnya merupakan bala kepada bala yang sedia ada (mase ni aku tabik che det sebab pendirian dia taknak minta bantuan kepada IFC). Korang tengok kesannya kepada Indonesia sudah..

::Kitaran Subur/Bull Run::
2004-hujung 2008 (4 tahun) > Kebanyakan industri pulih selepas serangan matawang. Di Malaysia, trend side income dengan buat MLM dah menjadi semakin popular kerana ramai dah sedar tentang keperluan mencari extra income setelah menghadapi kesan ekonomi 97-03. Ekonomi semakin kukuh. Pada hujung 2007 lalu, dapat dilihat nilai index ditutup pada kadar yg paling tinggi dalam sejarah Malaysia (bukan dunia eaa). Sape yang melabur kat unit trust ke, mmg buat duit.

::Kitaran Kemarau/Bear Run::
2009-2016?-Kejatuhan 2 syarikat kewangan US mula memberi kesan yang sgt dasyat. Kejatuhan indeks saham serta matawang berlaku diseluruh dunia. Berguling sape yang main stock market. Pakar ekonomi US mengatakan bahawa kejatuhan ekonomi pada waktu ini adalah lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 1930 (Great Depression) dan ianya akan berlanjutan sehingga 4 ke 7 tahun. Waktu ni jugalah yang dikatakan akibat daripada BABY BOOM di US selepas World War 2.Korang dah bersedia??Aku gred pada waktu ekonomi meleset..Start menyimpan sepanjang kejatuhan ekkonomi ni.

::Kitaran Subur/Bull Run::
2017-2023 - Ekonomi pulih semula. No wonder la Che Det duk kata wawasan 2020 pada waktu tampuk pemerintahan dia dulu. Wawasan 2020 dapat dicapai la bila ekonomi global seimbang dan stabil dan pertumbuhan ekonomi negara pula memberangsangkan setiap tahun. "Start membeli pada awal bull run dan start menjual pada pengakhiran bull run". Taktau la lepas ni trend ape plk yang tumbuh kat Malaysia. Lagi byk la skim 4D, MLM, tumbuh agaknye.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Daripada kronologi ekonomi yang terjadi kat Malaysia ni, jelas lah bahawa Kitaran Nabi Yusof terbukti dan seterusnya dapat membantu kita meramalkan tentang waktu kenaikan serta kejatuhan ekonomi supaya kita bersedia untuk menghadapi recession yang semakin teruk.
Bersediakah kita menghadapi kemuncak KITARAN KEMARAU yang dijangkakan pada tahun 2015 dan 2016?

Sharing is caring

Wassalam…

Wednesday, 3 December 2014

TAIWAN PART IV: Day 1, Day 2 & Day 3 in Taipei

Hello again! dah pukul 1 pagi tapi mata ku macam biasa degil taknak tido. Now aku sambung lah citer aku g Taiwan, dah masuk Part IV. Mungkin cite aku nnt akan sampai ke Part 800, panjang nak mampus mengalahkan slot Akasia TV3. Harap korang bersabar kalau nak tahu ending ye ahahaha.

Okey so lepas ni basically aku akan citer ape aktiviti or program yang kitorang buat selama 7 hari 6 malam kat Taiwan.

Day 1

HK International Airport
Flight kitorang Cathay Pacific from KLIA pukul 1.30 tghari..dalam pukul 5 sampai kat Hongkong Airport. Masa transit kitorang kat sini 1 jam. Oh ya! Dalam flight kitorang diberi makan yg amat sedap...pergh mmg sedap terbaik! Sampai je dalam airport building, terus aku & en Hanif berlarian2 menuju ke departure gate. Korang tahu tak sebab ape? Bukan sebab tak sabar nak naik flight ke Taiwan, tapi sebab nak cari tempat nak solat....eh korang...solat jangan lupa. So, disebabkan xde surau (aku rase ade, tapi sbb kalut so tak sempat nak carik mane surau), kitorang solat je dalam baby room. Terpakse lah huhuhu..Apepun Alhamdulillah dapat tunaikan kewajipan....nnt ada satu episod tu, aku nangis2 kena halau dari baby room. Nak tahu tak sebab ape? Tunggu aku cite dalam episod 800 bior korang saspen sikit aha^^.
Makanan yg served KL-HK sedap terbaik sangat!
En Hanif-partner in crime solat dalam bilik baby haha
Partner yg mmg duduk sebelah aku in all flights. sbb kitorang beli tiket same2 hehe

food dlm flight HK-TPE
Welcome to Taiwan
Okey so at 6 pm, flight from HK to Taiyoan Airport, kali ni flight kecik sikit & masa penerbangan pun tak sampai 2 jam. And this time pun ada serve makan, tapi tak best. aku makan separuh je. makanan from Malaysia lagi sedap. Jujur tak. Sampai di airport lebih kurang pukul 8 malam camtu. Then after urusan luggage, imigresen & bla2...masa untuk ke hotel. dah rasa exhausted masa ni tak sabar nak tido. Rate kereta sewa dari airport ikut jenis kereta, kalau sedan (Camry) 1800NTD. Muat max 4 orang.
All of us. Excited dah sampai hehe

Sampai kat Hotel dah lebih kurang pukul 11 mlm. Kalau korang nak tahu, kat Taiwan bulan 10 camni, pukul 11 malam is equivalent pukul 1 pagi. sebabnye esok pukul 4pagi dah masuk Subuh. So sampai ke hotel, urusan check in pulak itu ini akhirnya dapatlah luruskan badan atas katil...fuhh lega Alhamdulillah......
Kat depan Hotel. Taipei Charming Hotel. Nampak tak besar gile beg aku. Ini lah jasa baik 'si dia' yang bersusah payah bagi aku pinjam beg ni so aku tak payah beli beg. Nak jimat katenye

Sempat aje selepie dalam lif kan. Ku duduk tingkat 9, yg lain tingkat 5 &7

Day 2 & Day 3

Seawal 4 pagi handset dah berbunyi kejut bangun Subuh. Lepas subuh aku terus sambung zzzzz sbb breakfast pukul 7 baru mula.
So Day 1 ni full day aku pegi ke pre-conference course. start pukul 8 pagi sampai 6 petang. jarak hotel ke TICC (Taiwan International Convention Center) lebih kurang 10 minit je jalan kaki. Anf TICC ni teretak dekat sangat dengan Taipei 101, within walking distance jugak la. So pemandangan pergi balik aku adalah dihiasi Menara Taipei101 ok. Kelas tak haha.
Koridor tempat aku lalu lalang setiap hari from hotel to TICC. Rasa selamat walaupun jalan sorang.

Busy street
Taipei 101 at the first sight yehaaaa!

Member of ICPE (Student)

This is a serious course. jangan main2

Ada banyak 

TICC lobby


30th ICPE 2014

After habis pre-conf pukul 6 ptg, dah gelap dah actually. Sampai je kat hotel kelam kabut solat mandi bagai, kitorang plan keluar ke Night Market. Naik teksi lebih kurang 300NDT. Malam kedua ni kitorang ke Rao He Street Nihght market. hajat hati nak cari makanan halal lah ape lagi kan. Tapi kecewa sebab satu-satunya kedai makanan Halal kat pasar malam ni, A-LA-DIN tutup pulak malam tu. Kawan2 aku yg chinese proceed je pegi cari makanan dorang, aku & en hanif just pusing2. Aku beli sebiji jambu batu (harga 50NDT), untuk makan sambil jalan2 buat alas perut. Malam pertama ni xde pape pun yang aku beli, sbb rase awal lagi nak shopping. So at last aku cuma terbeli 1 glass art bentuk turtle yg glow in the dark, comel sangat. harga 500NDT.

Pukul 1 pagi baru kitorg balik ke hotel, and terus zzzz. Esoknye again pre-conf course full day. Malamnye semua orang pancit sebab letih sangat tak cukup rehat sejak sampai ke Taiwan. So malam ke3 kitorang semua just rehat dalam bilik tak keluar mana2.

Korang layan lah gambar2 ni ye.... 




On way balik ke hotel, pukul 6 ptg dah gelap mcm 8 mlm

Rao He Night Market

Glass Art

Ada temple kat hujung night market ni
Tengok je malas nak beli...I tak suke beli handbag ok
Wassalam...


TAIWAN PART III: Shopping, makan & jalan-jalan

Hi semua.. Assalamualaikum!

Now dah masuk ke Part III. Nak cerita tentang expenses & makan minum aku kat sana. Kalau korang nak tahu, makanan halal kat Taiwan, specifically kat Taipei tempat aku pegi agak sukar diperolehi. Makanya 7 hari 6 malam aku kat sana, hanya 1 kali saja aku dinner makan nasi. Hari lain aku makan roti & megi sajerk....erkkkk.....sian tak. Lapo gile babi tahu tak! Actually sebelum pergi sana, mak aku dah banyak kali pesan, "bawa la serunding ke, sambal ikan bilis ke, rendang buat makan kat sana". And seperti biasa sebagai anak yg patuh, aku buat dono je ape mak cakap.....(jangan buat macam ni tak baik ok. Mak cakap kene patuh). Dalam hati aku, "ehhh skang ni dunia tanpa sempadan kot, xkan la xde makanan kat Taiwan....". Ahaa padan muka. 
Mujur ade seketul Kit Kat...alas perut......:(

For breakfast Alhamdulillah, hotel mmg sediakan nasi putih setiap pagi. Cuma lauk pauk mmg tak boleh sentuh lah sbb mmg made of PORK. Cuma seawal hari pertama, kitorang cuba explain kat die punye cook, yg kitorang tak boleh makan PORK, so die buatkan telur dadar tanpa campuran bahan NON HALAL. Just Telur, bawang and garam. So boleh lah kitorg makan Alhamdulillah...ada hari2 yang die serve hashbrown, wahhh rase macam heaven sangat sedappp kot makan nasi putih dengan telur dadar + hashbrown....akakaka :D
Ini lah breakfast setiap hari. Makan sebanyak mungkin sbb mmg dah tahu takkan jumpe nasi lagi dah sampai esok pagi ahahahahaha

Kebetulan hari aku sampai ke Taipei hari Rabu. So after 2 days, yakni pada hari Jumaat En Hanif aku punya senior yg travel skali tu, pegi ke masjid untuk solat Jumaat. And kat masjid ade jual banyak makanan Mslim lah kan of course. So die bawak balik kat aku nasi goreng, mee goreng, & ayam goreng. Korang cuba bayangkan 3 hari kelaparan........kecur tak? hahaha......Malangnya aku tak dapat nak menelan makanan tersebut, kerana ada satu macam "bau" sikit makanan dorang, yang mana mmg tak kene la dengan selera anak tekak aku ni. Mungkin minyak or ape2 bahan yang dorg guna dalam masakan tu kot. Yang aku perasan, most of their food especially at the night market mmg ade bau yg hampir sama. So aku buat kesimpulan ia adalah faktor penggunaan minyak masak. 

Makanan from masjin yg kawan aku bawa balik. Yang dalam bekas plastik tu, nasi mentah (masak sendiri-ingat lagi aku cite pasal voltage supply kat sana yang tak same dengan Malaysia?)  & rendang ayam Brahims

**Kalau sambal petai, walaupun ianya busuk, ikan pekasam walaupun baunya masam, perghhhhhh itu favourite okeh! But nasi goreng Taipei, errrrr....minta maaf tak dapat nak telan. Not even dapat suap masuk ke mulut pun. Blergh no no no. Ampunkan daku. Hrmmmmm susah nak bawak berjalan kot cam aku nih :(

Sebenarnya ada beberapa restoran Halal yg boleh kitorg pegi untuk cari makan, tapi disebabkan kesibukan ber'conference', makanya mmg tak sempat. And 1 perkara lagi, if nak beli mee megi kat sana pun, takde pilihan selain vegetarian punya sahaja. And sebagai seorang yang bukan vegetarian, mee megi vegetarian adalah sangat tidak kondusif untuk keperluan anak tekak dan juga usus aku. So pesanan aku untuk korang yang plan untuk melancong ke Taiwan, bawak lah Mee Maggi or IndoMie or Mee Cintan yang MADE IN MALAYSIA. Kawan aku bawak rendang & sambal Brahims yang kite boleh terus makan lepas panaskan tu. Ade lah jugak dapat aku menumpang makan sambal ikan bilis mase breakfast. Tapi sekali je ta ingat dah hari keberape hehe..


Yg ni ada plus sambal ikan bilis Brahims. Sluuuurppp!
Telur & Teh Tarik Halal! (aku terjumpe kat7 Eleven). Harga sepeket teh tarik ni (10 sachet) and telur 8 biji ~180NTD) 

Mee Vegetarian Taiwan + telur rebus (actually mee dia pun aku tak letak gravy yg berminyak tu, just letak perencah sup je)

Senarai restoran HALAL korang refer sini
http://www.zabihah.com/sub/Taiwan/Taipei/YLC2WpagSW. 

On Day 6 kitorang gigih naik MRT ke Taipei Arena, sbb dah tak tahan lapar nasik. Pukul 3 keluar dari hotel, dalam pukul 3.30 sampai. First kitorang cari Kunming Islamic Restaurant, terletak kat Fu Xing North Road, dekat je dengan stesen MRT Da'an. Mase sampai, rupenye tutup. Frust menonggeng aku cakap weiii.... perut tgh lapar tu. Then tanpa berputus asa, kitorang search ke option kedua, kat area Yanping South Road, Zhongzheng District. Beleive it or not, kitorang jalan kaki je pegi sana, aku rasa more than 2km kot...entah, macam jauh. ke sebab perut lapar hehe. So again, aku tekankan di sini, sila lah bawa kasut yang selesa untuk berjalan-jalan di Taipei ye. Restoran ni namenye Yunos Halal Restaurant. Sebenarnya selang 2 pintu ada lagi satu restoran Halal ape namenye aku dah lupe (nnt kalau ingat aku tulis), but kitorang pilih Yunos ni. Kat pintu dia ada logo TripAdvisor, so mmg restoran ni dapat banyak review bagus daripada travellers lain. And satu perkara lagi, rupanya restoran kat sana mmg TUTUP antara pukul 12-5 petang. Erkkkkk......terpaksa kitorang tunggu sejam kat depan pintu restoran. Lapar punya pasal tunggu je lah....hehe...


Muke kelaparan ^^

Shrimp cake-SEDDDAAPPPP Ya Allahhhhhhhh

Akhirnya jumpa nasi, plus TOMYAMMMMMMM! paling sedap di donia serius! Kitorg makan ikan siakap masak lemon, shrimp cake, sayur campur. Sedap sedap sedap sangat! (4 orang makan, 1800NTD)


Nih owner kedai makan Yunos tu, baiknya beliau. layan kitorang tip top. Siap tolong panggilkan teksi untuk balik.
From Left : Aku, Zhi Yen, Hj Yunos, Taufiq, En Hanif. 

Sekian dulu entri pasal makan aku kat sana. Shopping & jalan2 next la ehhhhh.....

Wassalam...



Taiwan. Part I. My first ever travel experience.

So...its Taiwan.

Actually plan ke Taiwan ni bermula sejak awal tahun 2014 lagi. Not exactly a plan la, but sebenarnya 'arahan' daripada supervisor supaya kami students Msc hantar abstract kajian masing2 ke konferens ni. FYI aku sebenarnya skarang tgh sambung blaja, ambik Masters in Pharmacy, kat USM. Now dah masuk semester ke4, so i.m expexted to finish my study in 6-9 months, depending on the progress of my thesis writing. Which is sangat lah lembab lebih dahsyat daripada siput beby. hmmm....sad.

Soo, after a few months, my abstract was approved as a Poster Presentation at 30th ICPE Conference, Taipei, Taiwan. Conference was on 24th to 27th of October 2014. Actually aku ada apply untuk scholarship untuk attend conference ni. So kalau scholar approved, dapat lah allowance USD1500 untuk cover expenses untuk pegi sane. Tapi entah macam mana, ade sikit problem masa hantar application tu, so it was rejected. hmm. sad lagi. eheh. Tapi aku ni seorang yang susah nak berputus asa, so aku email kat organizer, buat appeal, still rejected. Then after that, usaha terakhir, aku try email lagi skali, mintak supaya dorg dapat waived kan aku punye 'conference fee'. Alhamdulillah it was approved. So aku jimat USD 250.

Ni la aku punya topic yang aku present kat Conference ni. Kalau korang rajin, boleh la cari nama aku kat abstract tu. Hehe



And, this is my poster. Proud isn't it? Hahaha biar la aku nak perasan sorang2 korang jangan amek ati ok! 



So back to plan ke Taiwan, aku pegi sana total 4 orang. Semua yg lain dapat scholarship, kecuali aku. So kene pakai duit sendiri untuk tiket flight & hotel. Tabahkan hati je lah. Lepas discussion, kitorang semua sepakat untuk pilih Cathay Pacific Airlines untuk pegi sana. My friends tak nak MAS atas sebab2 yang tak dapat ditulis kat sini. Hehe (well.....korang paham2 lah kan lepas peristiwa MH 370 & MH 17). 
Ni total kitorang yg pegi sana. Its actually 5 of us sbb kawan aku yg sebelah aku tu, bawak husband skali. 


Tiket pegi balik dengan Cathay aku spend dalam lebih kuran RM1400. Then untuk hotel, kitorang ramai2 book awal, and Alhamdulillah again, kawan aku yg lelaki tu, bermurah hati untuk bagi bilik beliau kat aku, and die share dengan lagi sorang kawan. So aku dapat bilik single for FREEEE! Alhamdulillah Alhamdulillahhh 😊

Hotel kitorng namenye Charming City Hotel, location dekatt sangat dengan Taipei 101. Nnt bext entry aku ceritakan lagi kitorang punya perjalanan pergi ke Taiwan from KL ok. 

Need to go now. Stay tuned uolls.

Wassalam




Apehal dengan Collagen?

Assalamualaikum..

Sebelum aku sambung entry pasal Taiwan, meh sini nak sentuh sikit pasal kecoh2 sangat collagen ni. eh sape yang kecoh? aku je kot hahaha...
Nihh...aku punya breakfast drink pagi tadi. ho ho horlicks + Shaklee collagen powder


Ah takde la, sebenarnya aku saje nak share dengan korang je, pasal Collagen yang aku makan ni. saje je nak ciwi ngn korang...dulu2 mase adik aku nak kawen, aku tengok die dok beli collagen drink berkotak-kotak...bajet nak cun sebelum kawin la tu. Ngee. Aku ni bukan jenis beauty concern sangat pasal kulit, sebab Alhamdulillah kulit pun bukan jenis masalah sangat. jerawat naik sebiji dua tu biasalah, especially masa-masa bulan mengambang eheh. Cuma aku perasan kat hidung and T-zone mmg nampak saiz pori-pori agak besar...tengok jauh comey la, tapi bila belek2 muka sendiri kat cermin, gewammm je rase. ahha!

*ini bukan gambar aku. Aku google je heh! 


So, aku curi2 minum collagen adik aku, and guess what??? NA DA. tak hade kesan hape pun. hahaha. So aku pun malas nak minum dah.

Then, one day entah bagaimana aku telah terjebak dengan bisnes Shaklee. Oh ya lupa nak habaq, aku ni PENGEDAR SAH SHAKLEE. So dipendekkan cerita now aku adalah pengguna tegar Shaklee collagen powder. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, kulit terasa sangatlah smooth, kurang berminyak, dan wajah kelihatan lebih muda. Ini serius, sebab ramai kawan aku tegur, haha. jap aku tunjuk gambar.

Gambar aku mase 2010 vs 2014 muehehehe


Nampak tak korang, lain kan aku dulu & sekarang? hehehe....
Mals nak cakap banyak dah sbb perut dah lapar. So kalau korang nak try collagen Shaklee jgn malu2 contact je aku ye. Try dulu then korang nilai lah sendiri...hmmm mmg THORBAIK lah aku cakap!


**disclaimer: aku bukan amek collagen semata ye korang, aku amek jugak other vitamins such as Ostematrix, b complex, vit C, & aku sangat rajin bersenam. "SANGAT RAJIN!" 😂😂😂

Wassalam
Lapo...

Monday, 24 November 2014

Taiwan Part II. WHAT TO PACK?

Assalamualaikum....

Okey now after ticket flight & hotel dah finalized, aku pun mula fikir barang ape nak bawak masa travelling ke Taiwan.

Langkah pertama: aku google untuk cari blog2 atau forum yang cerita tentang pengalaman dorang masa pegi Taiwan. berhari2 aku amik masa search, godek2 laptop & henpon, tapi hasilnya-----> kurang memberansangkan. Tak banyak cerita pasal Taiwan compared to Korea. Mungkin orang kita tak ramai yg visit Taiwan. Korea kan ada K-POP. Aku tak minat K-POP. Kuciwa.

Kitorg naik Cathay Pacific Airlines. Harga ticket bagi aku, fair lah. But if diberi pilihan, aku lebih suka pilih MAS, airline kebanggaan negaraku. :)


Next: Aku pun pandai2 je lah buat packing list sendiri. Korang tengok lah senarai kat bawah ni yg aku masih ingat2 lupa. Kalau boleh bantu korang untuk prepare sebelum ke Taiwan. Aku buat huraian sekali kat barang2 yg aku bawak tu supaya korang senang paham apa relevannya barang2 tersebut.

PAKAIAN!!

T-Shirt (Short sleeves)-untuk pakai tido kat hotel
Seluar tido (atau seluar trek)
Jeans (3 helai)- aku jenis tak suka ulang2 pakai baju or seluar. So, sebolehnya jumlah seluar akan di maksimakan supaya tak payah ulang banyak kali.
T-Shirt long sleeves 3-4 helai (nak pakai jalan2)
Pakaian dalaman (yg ni pandai2 lah kira sendiri berapa keperluan masing2)
Tudung, scarf (untuk muslim)

KASUT!!

Kasut yang sangat selesa untuk jalan. disebabkan aku tak pernah travel sebelum ni, aku takde kasut yang selesa untuk pakai jalan2. Except kasut sukan yg aku pakai masa aerobik (which is aku baru je beli). Tapi disebabkan aku rasa karut tu mcm "poyo" je kalau nak pakai buat jalan2, so aku beli lah satu kasut baru, jenama PUMA. Mmg sangat2 selesa. berbaloi2, tak nyesal beli. Sebab nanti kat Taiwan korang akan sangat banyak berjalan, almaklum lah nama pun pegi travel kan, so better berbelanja sikit beli kasut yang selesa.

 Nihh kasut PUMA aku. Cantik sangat kaler finkk gitew.
                                                    
                                     

PAKAIAN SEJUK??

Aku ke Taiwan hujung bulan 10, actually masa ni dah nak masuk winter. Tapi masa aku sampai sana suhu still warm dalam 21-24 degree celcius. So no need winter coat.  just jaket or sweater biasa je lah sebab nak elakkan demam ke ape. kat sana cuaca sangat berangin and redup....nyamann je..
So aku mmg bawak 2 sweater. So tu je yg aku pakai.

Sweater Diesel yg aku beli dgn diskaun 50%. shantik la jugak! muahaha


Aku ada jugak bawak stokin tebal & gloves, konon nak pakai kalau sejuk, but akhirnya terperam kat dalam beg je. Sbb hujung bulan 10 tak betul2 sejuk lagi. Cuma 2 hari sebelum balik, aku rasa angin die ade sejuk lain macam sikit. mungkin dah dekat sangat dgn winter. 

Barang2 lain korang nak bawak macam berus gigi, ubat gigi shampoo bla bla tu, pandai2 lah fikir sendiri ye. Nasihat aku, bawa lah semuanya dari Malaysia. Sebab nnt kat sana, korang was2 pulak ni halal ke tak.

**Aku pegi sana 7 hari 6 malam. So....packing list aku agak melampau. And dont blame me. nama pun pompuan kan, so segala iron semua aku bawak skali.

Oh ya, cakap pasal iron, kalau korang nak bawa barang elektrik, contohnya iron, periuk nasi, etc etc, make sure bawa sekali adaptor plug ye. Sebab kat Taiwan dorg punya plug point tak sama dengan Malaysia. And one more thing, dorg punya voltage supply adalah 1/2 kita punya kat Malaysia je (12 v je kot). So kalau korang bawak barang elektrik dari sini, nnt kat sana kene sabar sikit lah nak guna. Contohnya, aku iron baju, tapi iron tak panas2, end up aku pakai baju berkedut ke conference. And sorg kawan aku bawa periuk nasi, at last kitorg makan nasi mentah hahaha!

Ini makanan yang Cathay Pacific serve on way dari KL-Hongkong. Perng sedap giler teringat2 aku. Nasi serai +ikan sambal. Ada roti lagi, buah2, and Kit Kat. Marvellous!


Selera betul akak makan. Tengok tu manisss je muka. Khenn!

okey, mungkin ada yang nak tahu, boleh tak kalau tak nak bawa banyak barang dari Malaysia, nak beli je kat sana? Contohnya baju, seluar, jeans, etc...Hmm...pendapat aku boleh je. Sana banyak Shopping mall, ada uniqlo, and banyak2 branded shop yang korang boleh beli, and size org Taiwan adalah lebih kurang dengan Malaysia, so korang boleh dapatkan baju2 yang lebih kirang kat sini. Just maybe ada feshen2 yang lebih cantik and different dari budaya kita kat sini. :)

TAPIIIIII.....pada aku harga nya ada sikit lebih mahal dari Malaysia. Mahal sikit la after comnversion duit dorg kan. Kat Taiwan dorg guna matawang NEW TAIWAN DOLLAR. Conversion rate, aku dulu tukar rm800, dapat almost 7000NTD kalau tak silap. Korang rasa cukup dak banyak ni duit untuk belanja kat sana 7 hari? aku cerita next entry ok.

Untuk rakan2 Muslim, korang mesti nak tahu macam mana makanan halal kat sana kan? OK yg ni pun next lah aku cerita.

Lenguh sudah jemariku menaip. Almaklumlah aku blogger newbies...wakaka.

Wassalam!